Sunday, February 1, 2009

HIDUP




HIDUP = 3HARI+2NAFAS

"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta
di dalam rahmat Allah s.w.t.

KISAH AIR TIN

KISAH AIR TIN

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu… . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?
pompuan tu jawab… "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh… sudah… mende aku nak goreng kadi ni… .
kadi pun tanye si jantan… "hah… kamu… .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"tuan kadi… kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."
jantan tu kata lak.."hah… sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan "

P/S :
1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling … hehehehehhe "
KISAH AIR TIN

Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.

kadi tanye kat pompuan tu… . "kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu?
pompuan tu jawab… "saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya."

si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh… sudah… mende aku nak goreng kadi ni… .
kadi pun tanye si jantan… "hah… kamu… .bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela"

"tuan kadi… kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya 'masukkan' dalam vending machine, pas saya 'tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. saya nak tanye tuan..air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?"

jawab kadi.."hak kamu le.."
jantan tu kata lak.."hah… sama le kes ni pun. Kan tuan… kan… kan "

P/S :
1. Jgn samakan isteri anda macam vending machine.
2. Jgn samakan anak anda macam air tin
3. Jgn samakan 'anu' anda cam duit syiling … hehehehehhe "

Thursday, January 29, 2009

Rahsia di sebalik nombor

Rahsia di sebalik nombor

Posted by PakarHowTo on March 27th, 2008 in Rahsia

Orang Cina memang cukup taksub dengan nombor 8?. Mereka percaya nombor 8 ada ong. Tapi ada juga kepercayaan dalam masyarakat Indiaa mempercayai bahawa nombor 8 adalah lambang kematian.

Hakikatnya, ramai orang percaya nombor boleh membawa keburukan dan kebaikan. Ramai yang mempercayai nombor mempunyai semangat atau tenaga semula jadi tertentu yang boleh membawa keburukan atau kebaikan kepada seseorang. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah.

Ada satu artikel yang menerangkan tentang peranan nombor dan hubung kaitnya dengan manusia. Menurut artikel itu, setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang. Kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, dia akan berjaya. Betulkah begitu??
Adakah anda percaya pada rahsia yang ada di sebalik nombor-nombor ini?

Berikut ini disenaraikan rahsia-rahsia dan hikmat-hikmat yang ada disebalik sesuatu nombor. Samaada mahu percaya atau tidak, terpulanglah kepada anda.

1 – Satu
Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

2 – Dua
Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh.

3 – Tiga
Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

4 - Empat
Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

5 – Lima
Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

6 – Enam
Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

7 – Tujuh
Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

8 –Lapan
Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendapatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan.
Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

9 – Sembilan
Nombor ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

10 / 0 - Sepuluh atau Kosong
Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya pencipta memilikinya.

Mengetahui rahsia dan hikmat nombor ini penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan.
Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan. Semuanya boleh anda lakukan sekiranya anda tahu apakah rahsia nombor peribadi anda.

Nak tahu apakah nombor peribadi anda? Formulanya ringkas sahaja. Anda cuma perlu campurkan saja jumlah nombor tarikh lahir anda.
Misalnya anda lahir pada 12-12-1969. Maka, campurkan sekali semua nombor yang ada pada tarikh lahir anda tersebut.
1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)
Jadi nombor peribadi anda adalah 4.

Perlu diingat di sini bahawa, semua rahsia dalam nombor ini bukanlah satu perkiraan dan fakta yang tepat. Sebaliknya ia hanyalah ramalan melalui pengalaman dan hasil kajian bijak pandai dahulu kala.

Hakikatnya, semua perkara yang berlaku adalah dalam ilmu dan perancangan ALLAH SWT yang Maha Berkuasa. Hanya ALLAH SWT sajalah yang Maha Mengetahui segala rahsia dan hikmat yang ada pada sesuatu benda/perkara. Sesungguhnya semua benda/perkara tidak akan mendatangkan sebarang manfaat atau mudarat tanpa izin daripada ALLAH SWT, Robb sekalian alam.

Thursday, January 22, 2009

Tuesday, January 20, 2009

TEKA TEKI JEE....

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???
Teka.. teka.. kalo terer!
Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu kulit bertemu kulit makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!
Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut EPI BESDAY

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??
Jawapan: Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!

LAWAK SKIT....

Haram Menikah Dengan Gadis Satu Kampung


JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi di antara para pemimpin,
JAKIM dan ahli ulama' memberikan fatwa pada tanggal 3 February tahun 2006:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN GADIS SATU KAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk menikahi gadis satu kampung?

Pegawai Kanan: Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang wanita sahaja sudah berat, apalagi kalau menikahi 'satu kampung'...!!! Kau dah 'sasau apo haaa'?!

Teruskanlah.....

Amalan baik tidak patut ditangguh
Oleh Jabary

SUATU peristiwa yang paling pasti di dalam kehidupan ialah maut kita sendiri. Walaupun ia pasti berlaku, kita tidak tahu bila ia akan tiba. Oleh yang demikian, kita harus benar-benar insaf bahawa kita boleh meninggal dunia pada bila-bila masa saja.

Apabila kita sudah meninggal dunia, maka kesempatan kita untuk sujud kepada kebesaran Allah dan berusaha mengikuti ajarannya sudah tidak ada lagi. Jika kita tidak berhati-hati, kesibukan serta tipu daya dunia boleh membuat kita lupa akan pertemuan di akhirat nanti.

Tambahan pula, apabila agama telah menjadi satu ikutan warisan atau budaya semata-mata dan tidak lagi sebagai satu tanggungjawab peribadi, maka kita sudah meletakkan agama pada tahap yang kurang utama dalam kehidupan kita.

Allah berfirman yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang menjadikan agamanya sebagai permainan dan gurauan sedang mereka telah terpedaya dengan kehidupan di dunia. Maka pada hari ini kami lupakan mereka, sebagaimana mereka telah melupakan pertemuan hari ini dan kerana mereka menyangkal ayat-ayat Kami.” – (Surah Al-A’raaf ayat 51)

Setiap daripada kita mempunyai pilihan untuk memilih sama ada hendak hidup sebagai seorang yang percaya kepada Tuhan atau sebagai seorang yang tidak percaya atau pura-pura percaya kepada-Nya.

Sekiranya kita benar-benar percaya kepada kewujudan Tuhan, maka kita akan berusaha melentur kehidupan kita supaya bersesuaian dengan ajaran-Nya. Kita akan yakin benar bahawa dengan mengikuti petunjuk-Nya, hidup kita akan berjaya di dunia dan akhirat.

Pada orang beriman, ayat 6 di dalam surah Al-An’aam bukan hanya suatu doa penyedap hati semata-mata tetapi suatu luahan hati yang mencerminkan perlakuannya: “Katakanlah, sesungguhnya solatku, dan ibadahku, dan hidupku, dan matiku, kesemuanya untuk Allah, pemelihara semesta alam.”

Orang yang percaya Tuhan benar-benar takut kepada azab-Nya dan mensyukuri rahmat yang diberikan-Nya. Ia benar-benar beriman bahawa sekiranya Tuhan memberikan sesuatu kepadanya, tidak ada seseorang pun yang boleh menidakkannya dan sekiranya Tuhan menahan sesuatu, tidak ada seorang pun yang boleh memberikannya.

Maka, Tuhan adalah pemberi yang sebenarnya. Sekiranya kita percaya perkara ini, tidak mungkin kita berkelakuan dengan cara melanggari ajaran-Nya atau bersikap sambil lewa terhadap memahami isi kandungan al-Quran.

Dalam mencari rezeki, umpamanya, kita tidak akan berusaha mendapatkan pendapatan melalui cara rasuah atau dengan cara menyusahkan makhluk Tuhan, termasuk manusia serta alam sekitar. Cuma orang yang kurang yakin dengan pemberian Tuhan akan bertindak sedemikian.

Begitu juga, kita tidak akan membenarkan kilauan kehidupan membohongi jiwa kita sehingga kita sanggup memutarbelitkan ayat Allah atau menyembunyikannya ekoran sebarang tujuan, termasuk takut kepada pandangan awam atau untuk menjaga kedudukan dalam masyarakat. Ini adalah sikap orang yang lebih takut kepada pelbagai berhala ciptaannya sendiri daripada takut kepada Tuhan.

Sekiranya hidup kita dan mati kita adalah kerana Allah, adakah kita akan berkelakuan sumbang atau jahat terhadap manusia lain? Sudah tentu orang yang beriman kepada ayat berkenaan akan berusaha membaca al-Quran untuk mendapatkan petunjuk bagi memahami bagaimana caranya untuk hidup dan mati kerana Allah.

Malangnya, kita dapati bahawa kebanyakan kita lebih selesa untuk hidup berpura-pura sesama sendiri sehingga ia terlambat.

Bagi mereka yang mahu, mereka harus mengambil iktibar daripada firman Allah dalam surah Sajdah ayat 12 yang bermaksud: “Kalau kamu dapat melihat, ketika orang berdosa menundukkan kepalanya di sisi Tuhannya (lalu berkata): Ya Tuhan kami, telah kami lihat dan telah kami dengar (seksa yang kami mungkiri masa dahulu); maka kembalikanlah kami (ke atas dunia) supaya kami akan kerjakan amalan soleh kerana kami telah yakin.”

Di dalam surah di atas, kita dapati manusia yang tidak yakin semasa berada di muka bumi merayu kepada Tuhan supaya diberikan peluang untuk kembali ke dunia untuk melakukan kebaikkan. Malangnya masa itu sudah terlambat.

Kita harus berwaspada dan sentiasa menjalankan kehidupan kita supaya kita tidak tergolong dalam golongan yang malang itu. Namun, walaupun ayat ini dihadapkan kepada semua manusia, hanya mereka yang mahu percaya akan percaya.

Bagi mereka yang ada penyakit di dalam hati mereka, sikap mereka akan seperti firman Allah dalam surah At-Taubah ayat 124 hingga 125 yang bermaksud: “Apabila diturunkan satu surah, maka di antara mereka (munafik) ada yang berkata: Manakah ayat yang menambah keimananmu? Adapun bagi orang yang beriman, makin bertambah keimanannya, sedang mereka itu bergembira.” – (9:124)

“Adapun orang yang dalam hatinya ada penyakit, bertambah kekotorannya kepada kekafiran dan mereka mati sedang mereka orang kafir.” – (9:125)

Apabila dikatakan “hidup kerana Tuhan”, sudah tentu ia bermakna keseluruhan kehidupan kita daripada muda atau sejak kita diberikan pengetahuan-Nya sehingga tua. Kehidupan juga merangkumi segala aspek kehidupan kita.

Oleh yang demikian, tidak wujud sebarang pembahagian kepada “sekular atau agama”. Oleh kerana kita tidak boleh tahu panjangnya hayat kita, maka kita semestinya bergegas untuk memperolehi pengetahuan daripada-Nya.

Pengetahuan ini penting untuk melahirkan cara hidup yang konsisten dengan ajaran Tuhan. Kita tidak boleh menanti sehingga tua untuk ‘beribadat’. Sekiranya kita berfikiran sedemikian, ini bermakna kita sengaja tidak mahu berusaha untuk menjalankan kehidupan kita berdasarkan ajaran-Nya dari sekarang.

Kita meletakkan keutamaan kepada perkara lain dan lupa kepada pertemuan kita dengan Allah kelak. Sekiranya kita tidak mengutamakan ajaran Allah, adakah Allah akan mengutamakan kita?

Kita boleh mengambil iktibar daripada surah Sajdah ayat 14 yang bermaksud: “Sebab itu rasailah olehmu (seksa itu) kerana kamu telah melupakan pertemuan hari ini, sesungguhnya Kami telah melupakan kamu pula, dan rasailah olehmu seksa yang kekal kerana (apa) yang telah kamu kerjakan.”

Orang seperti ini yang lebih takut kepada bayang-bayang dunia yang sementara saja akan diazab berkekalan oleh Allah. Kekayaan, kuasa, kedudukan, sahabat, pemimpin, guru dan keluarga semuanya akan terputus daripada kita apabila kita mati.

Namun di dunia, kita lebih dipengaruhi oleh pertimbangan perkara-perkara ini daripada penemuan pasti kita dengan Allah. Penipuan diri seperti inilah yang menjadikan manusia sombong, tidak berkasih sayang serta bersikap penindas di muka bumi.

Mereka leka dengan kedudukan sementara mereka serta kepandaian yang dipinjamkan kepada mereka. Kita perlu ingat bahawa kekufuran Iblis diakibatkan oleh sifat kesombongannya seperti firman Allah di dalam ayat 34 surah al-Baqarah yang bermaksud: “Dan apabila Kami berkata kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam, lalu mereka sujud kecuali Iblis. Ia enggan, dan ia sombong, dan ia menjadi antara orang yang tidak percaya (kafir).”

Jelas bahawa sifat sombong itu amat berbahaya sehingga boleh menjadikan seseorang itu kufur terhadap ajaran Allah. Seorang yang sombong akan menganggap dirinya serba tahu dan ia tidak akan mahu belajar perkara yang ia tidak tahu atau tidak bersesuaian dengan keinginannya.

Kesombongan menghalang seseorang daripada menginsafi kecacatannya sebagai seorang manusia. Apabila ia memperolehi suatu pengetahuan yang ia suka, maka ia akan taksub kepadanya sehingga mengetepikan pandangan lain tanpa menilainya terlebih dahulu. Tidak mustahil juga ketaksubannya pada satu pandangan atau fahaman menjadikannya orang yang menyangkal ajaran Allah yang sebenar.

Walaupun ayat al-Quran ditunjuk kepada orang seperti ini berkaitan dengan suatu perkara, ia akan menolaknya dengan pelbagai dalih. Ia lebih rela berpaut kepada apa yang pernah ia dengar tanpa membandingkannya dengan ajaran Allah dan Rasul-Nya.

Allah berfirman di dalam surah al-Mukmin ayat 35 yang bermaksud: “(Iaitu) orang yang membantah ayat Allah tanpa keterangan yang sampai kepada mereka. Amatlah besar kebencian di sisi Allah, dan di sisi orang yang beriman (terhadap mereka); Demikianlah Allah menutup setiap hati orang yang sombong, dan sewenang-wenang.”

Orang yang mengaku Islam sebulat suara akan mengaku bahawa Ramadan adalah bulan yang mulia kerana di dalam bulan inilah Allah Yang Maha Mengasihani telah menurunkan al-Quran sebagai panduan kepada manusia.

Dengan turunnya Al-Quran, manusia telah diajak untuk berfikir secara kritis supaya dapat membezakan kebenaran dan kepalsuan. Sekiranya kita tidak pernah membaca maksud al-Quran sebelum ini, mungkin bulan Ramadan ini adalah peluang yang diberikan Allah kepada kita untuk memahami ajaran-Nya... sebelum telambat.